-->
Selasa, 06 September 2016

Tanda-Tanda Kemungkinan Wanita Menghidap Sakit Jantung - Resep Maskan

Tanda-Tanda Kemungkinan Wanita Hidap Sakit Jantung


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

@Bagi wanita, selepas beberapa kajian dilakukan, menunjukkan bahawa wanita cenderung mempunyai tanda-tanda tertentu sebelum diserang dengan serangan jantung. Dan selalunya, mereka (wanita) tak sedar akan tanda-tanda tersebut.

@Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah mereka hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.

1. Keletihan Yang Sangat.

  • Lebih 70 peratus wanita dalam kajian NIH mengatakan bahawa mereka mengalami keletihan melampau sebulan atau dua, tiga bulan sebelum diserang serangan jantung. Keletihan melampau ini maksudnya, keletihan yang dialami walaupun aktiviti yang mereka lakukan masih seperti biasa sehingga menyebabkan mereka menepikan aktiviti mereka itu.
2. Tidak Dapat Tidur / Insomnia.

  • Selain dari itu, wanita yang pernah mengalami serangan jantung juga menyedari bahawa mereka mengalami masalah sukar tidur yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya, sebulan sebelum kejadian serangan jantung tu berlaku.

3. Kerisauan dan Stress.

  • Masalah stress ni memang dah diketahui punca utama serangan jantung. Melalui laporan wanita-wanita yang pernah diserang serangan jantung mereka sangat mudah berasa risau terlampau, stress dan keliru, lebih dari biasa. 
  • Beberapa saat sebelum diserang serangan jantung, wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat genting "kesedihan melampau", di mana mereka tahu something's wrong dan mereka dah tak dapat berharap untuk memperbetulkan keadaan dan diorang sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku. 

4. Penghadaman Terganggu / Loya.

  • Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita. Anda harus lebih aware dengan penghadaman anda sendiri, dan ni akan membantu anda notice when something goes wrong (dengan sistem penghadaman anda). Especially bila anda takde makan something yang unusual, tapi anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan kat atas. 

5. Kesukaran Bernafas.

  • Menurut kajian NIH, hampir 40 peratus wanita mengalami tanda ini. Paling nyata ialah bila diorang naik/turun tangga atau ketika melakukan tugasan harian biasa.

6. Simptom Seperti Selsema.

  • Hidung berair, kulit berpeluh  dengan sakit kepala dan berasa lemah, ini antara petanda yang dialami wanita, di mana mereka menyangka hanya diserang selsema. Padahal, sebenarnya mereka diserang serangan jantung.

7. Sakit Dagu, Leher dan Bahu.

  • Selalunya, bagi lelaki, mereka berasa sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi, bagi wanita mereka alami tanda yang berbeza. Wanita sebaliknya berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga.
  • Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)


from Klik Disini http://ift.tt/2bUa2zZ
Tanda-Tanda Kemungkinan Wanita Menghidap Sakit Jantung - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+