Tips Mengatasi Rasa Malas dan Suka Menangguhkan Kerja
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Kita semua ada rasa malas. Jadi, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?
Bagaimana mengatasi rasa malas dan sikap menangguhkan kerja?
Akal kita memang nakal.
Nafsu kita memang culas.
Minda kita selalu akan mencari jalan untuk lari dari perkara seronok dan tidak selesa, dan selalunya kita semua tidak sedar perkara ini terjadi.
Hati kita selalu tergerak untuk beralih arah, dan minda kita menurut kata hati dengan segera.
Helahnya disini adalah: kantoikan diri kita sendiri bila mula untuk beralih arah.
Berhentilah seketika, dan lawan dengan sepenuh hati rasa gesaan itu.
Disini bagaimana caranya:
1. Selalu berlatih.
Lakukan sesuatu perkara yang tak boleh ditangguh pada setiap hari.
Pilih satu tugas yang penting (apa-apa sahaja tugas – paling bagus bila anda sedang dalam keadaan malas).
Tetapkan masa selama 5-10 minit jika anda rasa yakin. Jangan lakukan benda lain selain daripada tugasan tersebut dalam masa 5 minit.
2. Jangan biar diri anda bertukar arah.
Buang semua gangguan dan jangan buat benda lain selain daripada tugas anda.
Hanya buat buat satu tugas. Bila anda mendapat gesaan untuk buat benda lain, sila awasi dengan perkara tersebut. Jangan mengikut gesaan hati itu.
Kita akan merasakan satu gesaan yang hebat tapi tidak mengikutnya. Bolehkah anda bayangkan?
3. Bertahan dengan gesaan tersebut.
Duduk diam dan alami gesaan tersebut.
Kenalpasti ketakutan atau ketidakselesaan anda terhadap tugasan ini yang ada hadapi. Rasakan kebosanan, ketidakselesaan, derita, keliru dan segala yang datang.
Cuma bertahan dan ambil tahu dengan setiap apa yang anda rasakan. Bagaimana anda merasakan perubahan dalam tubuh anda?
4. Kembali menyambung tugas.
Selepas bersabar sebentar dengan gesaan dan ketidakselesaan, insyaaAllah perasaan tersebut akan hilang.
Maka anda boleh kembali untuk menyambung tugas anda.
Bila anda tidak menggaru gatal, dan rasa gatal bukanlah satu masalah besar buat anda.
Dengan melakukan perkara ini setiap hari, anda akan membina kekuatan dalam diri bahawa anda akan OK jika anda tidak menggaru gatal tersebut, dan anda mampu mengawal perasaan tersebut tanpa tewas kepadanya.
Anda akan mampu mengendalikan rasa tidak selesa semasa menjalankan satu tugas yang sukar.
Dan ini adalah satu kejayaan.
Bagaimana mencari fokus?
Adalah sukar untuk fokus kepada satu perkara sahaja.
Sama ada anda ingin fokus untuk menulis laporan pejabat, menulis buku, melukis atau fokus untuk membaca… fikiran kita pasti tergerak sendiri bertukar kearah perkara lain.
Semua orang boleh fokus, pada mulannya, tetapi untuk kekal fokus sehingga akhir itu yang tidak ramai boleh buat.
Dalam sesi menentang rasa malas yang kita telah bincangkan diatas, kita telah memperkatakan bagaimana untuk kekal fokus dalam satu perkara.
Sebagai tambahan, ini ada beberapa lagi tips yang boleh dipraktikan:
~ Solat adalah latihan terbaik untuk belajar fokus. ~
Solat akan memberi motivasi terbesar buat kita.
Perkara yang sedang kita fokus sepatutnya tidak hanya bagus untuk dibuat, tetapi patut memberi makna yang mendalam kepada anda.
Cuba fokus dan selami setiap bacaan serta menghayati setiap detik solat kita. Jika minda anda selalu terawang-awangan semasa solat, sekarang tiba masanya untuk berlatih fokus dan solat dengan khusyuk.
InsyaaAllah jika anda bagus pada solat, anda juga akan bagus pada perkara lain nanti.
~ Amalkan doa melawan kemalasan ini: ~
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia
~ Ingat ganjaran yang anda akan dapat bila bermula.~
Sesuatu tugas tidak seharusnya mengandungi rasa takut sahaja.. tetapi ia juga meliputi rasa suka dan kehendak.
Biarkan rasa hendak itu memandu anda mengatasi rasa takut.
~ Gunakan motivasi luaran.~
Walaupun rasa kehendak itu adalah motivasi terhebat, tetapi kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepadanya.
Gunakan motivasi luaran seperti sticky note, peringatan dalam phone dan sebagainya. Menyertai group usrah adalah salah satu cara untuk mengekalkan momentum fokus.
Jangan biarkan diri anda tergelincir.
Fokus adalah bukan sesuatu yang magik, yang senang-senang anda boleh dapat.
Ia adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan harian dan tahapnya akan meningkat dari masa ke semasa.
Anda mungkin akan terjatuh dan hilang motivasi sekali sekala, tetapi anda boleh bangun kembali dan meneruskan latihan ini.
Pada akhirnya, semua latihan yang anda buat ini akan berbaloi kerana anda akan benar-benar fokus kepada perkara yang penting.
from Klik Disini http://ift.tt/2c5UQwI
Tips Mengatasi Rasa Malas dan Suka Menangguhkan Kerja - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah