Gambar Hiasan
20 PETANDA IMAN LEMAH
- Membuat dosa dan tiada perasaan bersalah.
- Mempunyai hati yang keras dan tiada keinginan untuk membaca Al-Quran..
- Rasa terlalu malas untuk berbuat kebaikan, misalnya lewat untuk solat
- Mengabaikan Sunnah.
- Mudah berubah mood, misalnya marah tentang perkara-perkara kecil. Selalu rasa terganggu dan sakit hati.
- Tidak berasa apa-apa apabila mendengar ayat-ayat dari al-Quran, contohnya apabila Allah memberi amaran kepada kita tentang hukuman dan janji-Nya berita gembira.
- Rasa susah untuk mengingat Allah dan berzikir.
- Tidak rasa teruk apabila ada perkara-perkara yang dilakukan melanggar Syariah.
- Menginginkan pangkat dan kekayaan.
- Berlaku zalim dan bakhil.
- Menyuruh orang lain untuk melakukan amal soleh sedangkan diri sendiri tidak mengamalkannya.
- Rasa gembira apabila perkara-perkara yang dilakukan oleh orang lain tidak berjaya.
- Hanya ambil tahu perkara yang haram dan halal sahaja, tidak mengelak perkara-perkara yang makruh.
- Memperlekehkan orang yang membuat kerja amal yang ringan seperti membersihkan masjid.
- Tidak berasa bimbang tentang keadaan umat Islam yang lain.
- Tidak rasa tanggungjawab untuk melakukan sesuatu untuk mempromosikan Islam.
- Sukar untuk menghadapi musibah, misalnya menangis dan menjerit dalam pengebumian.
- Suka berhujah tanpa sebarang bukti.
- Menjadi asyik dengan urusan dunia, iaitu perkara-perkara duniawi, contohnya perasaan marah apabila kehilangan sesuatu dari segi kekayaan material.
- Menjadi leka dan taksub tentang diri sendiri.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2dUE0XX
20 PETANDA IMAN LEMAH ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah