7Kelebihan tidur awal
1- Berat badan yang seimbang
- Tidur awal memungkinkan unutk bangun awal, justeru pasti akan bersarapan dan mengelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana metabolisma badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk ‘bekerja’ dan membakar tenaga
2- Kurang risiko kanser
- Amalan bekerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahay untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantutkan pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.
3- Menguatkan daya ingatan
- Tidur yang berkualiti boelh menguatkan daya ingatan. Hal ini disebabkan mimpi pada kelazimannya adalah ulangan apa yang telah terjadi. Semasa tidur, walaupun badan tidak bergerak atau bekerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pembelajaran.
4- Kebaikan tidur mengiring ke kanan
- Bagi para muslimin dan muslimat, terdapat satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menyatakan adalah sunnah untuk berbaring mengiring ke kanan.Antara hikamh-hikmah yang dikatakan adalah:
5- Merehatkan bahagian kiri otak
- Ini bergantung kepada bahagian mana lebih dominan untuk manusia. Bagi yang dominannya kanan, bahagian kiri otak yang mengawal pergerakan motor tubuh kanan. Dengan tidak menghempap bahagian otak kiri, kita dapat mengelakkan daripada bahaya akibat perederan darah pada bahagian tersebut. Dengan itu, kita dapat mengelakkan pembekuan darah, lemak, sisa toksin, serta pengurangan risiko atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah pada bahagian dominan.
6- Melindungi kesihatan peparu.
- Peparu disebelah kiri adalah lebih kecil daripada peparu disebelah kanan. Dengan mengiring ke kanan, ia tidak menjadi masalah dan tidak berlakunya tekanan. Lain pula sekiranya mengiring ke kiri, Peparu kanan akan menghimpap ke sebelah kiri, dan keadaan saiznya yang lebih kecil berbanding disebelah kanan emnyebabkan peparu sebelah kiri akan tertekan.
7- Merehatkan usus
- Usus memegang peranan yang penting dalam tubuh sebagai pengkumuh serta penyerap nutrisi. Namun begitu, jarang sekali ia mempunyai masa untuk berehat dan pulih, hinggakan ramai yang menyimpan banyak toksin pada bahagian usus dan berlakunya kanser usus. Dengan berbaring mengiring ke kanan. Tidak berlakunya rembesan lebih kimia (yang boleh terjadi apabila tidur mengiring ke kiri)
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2e6ebQt
7 Kelebihan tidur awal ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah