Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan
- Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut dan kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air.
- Buah-buahan segar mestilah ranggup apabila dimakan.
- Sayur-sayuran jenis kekacang pelu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup apabila dipatahkan.
- Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.
- Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah bewarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.
Cara menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh,dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.
- Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.Elakkan menggunakn beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminya hilang.
- Buah-buahan seperti pisang jangan jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik sahaja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
- Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk dan jika perlu hendaklah disimpan di dalam bekas yang ada aliran udara (bakul rotan,beg tali)
- Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@
from Klik Disini http://ift.tt/2e6b9uN
Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah