Niat Solat Witir
Bilangan Rakaat Solat Witir
Rasulullah SAW bersabda:
Ini bermakna bagi witir 3 rakaat, ia bererti dua rakaat kemudian salam, dan di tambah satu rakaat lagi. Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat witir adalah hak peribadi. Tiada masalah sama ada lima rakaat, tiga rakaat atau satu rakaat. Oleh sebab itu marilah kita berlumba mencari keredaan ALLAH melalui solat yang dicintaiNya. Makin banyak rakaat, tentunya makin bagus. Namun begitu satu rakaat pun jauh lebih bagus daripada tidak bersolat langsung.“Solat malam dikerjakan dengan dua rakaat –dua rakaat, jika salah satu daripada kamu takut akan datangnya waktu subuh, maka hendaklah dia solat satu rakaat, menjadikannya solat witir."~Riwayat Muslim~
Surah Bacaan Solat Witir
Menurut hadis daripada Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW menunaikan solat witir sebanyak tiga rakaat dengan membaca sembilan surah, iaitu daripada surah-surah pendek. Pada setiap rakaat, baginda membaca sebanyak tiga surah yang kemudian diakhiri dengan surah Al-Ikhlas.
Pilihan surah yang di baca oleh Rasulullah SAW adalah :
- 1. Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah
- 2. Surah Al-A’ala
- 3. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
- 4. Sembilan surah2 pendek
- Rakaat pertama : Surah At-Takathur, Al-Qadr, Al-Zalzalah
- Rakaat kedua : Surah Al-‘Ashr, Al-Fath, Al-Kautsar
- Rakaat ketiga : Surah Al-Kafirun, Al-Lahab, Al-Ikhlas
Zikir selepas solat witir
“Subhanal Malikil Quddus”
Zikir selepas witir mampu memberi ketenangan kepada hati, terutamanya menghilangkan kesedihan. Hakikatnya zikir adalah seperti suara yang memanggil-manggil, memohon dengan bersungguh-sungguh agar datangnya pertolongan ALLAH.Maha suci Zat Yang Menguasai, Zat yang SuciSebanyak 3x.
Berilah galakan kepada keluarga dan sahabat-sahabat untuk sama-sama menunaikan solat witir. Ibadah, sama ada solat atau ibadah lain adalah ajakan mulia yang penuh dengan pendidikan akhlak dan budi pekerti.
Ibnu Umar bahawa menegaskan solat witir bukanlah sekadar solat sunat biasa kerana jarang sekali Rasulullah SAW meninggalkan solat witir. Begitu juga para sahabat pada ketika itu.
Jika Rasulullah SAW dan para sahabat begitu teguh mengamalkannya , kita bagaimana? Moga terus istiqamah..kunci utama untuk kekal istiqamah ialah dengan berusaha untuk ikhlas mencintai amalan tersebut.
~sumber: Yusni A.Ghazali (Mukjizat Qiyamullail)~
from Klik Disini http://ift.tt/2dD7yET
Panduan Solat Witir ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah