PETUA KECANTIKAN PENYERI WAJAH. BY- RESEPI SHEILA RUSLY
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.. Berbagai kosmetik dan rawatan terkini banyak ditawarkan.. Namun kandungan kimia membawa kesan pada jangka masa panjang. Disamping pengambilan supplement, Kita juga boleh mengamalkan petua kecantikan dengan menggunakan bahan alami.. Dari sayuran dan buahan.
Berikut adalah petua untuk anda amalkan:-
1- Melicinkan dan memerahkan kulit wajah
- Sebiji tomato masak ranum, cuci, lecek hingga halus. Tepekkan pada seluruh wajah. Biar mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 2/3 kali seminggu.
2- Menegangkan kulit muka
- Ambil tepung ubi dan timun. Sagatkan halus timun. Campurkan kedua bahan dengan sediit air. Sebatikan. Tepekkan pada wajah untuk membuat masker. Biarkan kering. Kemudian cuci. Kuli akan menjaditegang dan segar.
3- Melentikkan bulu mata
- Ambil daun lidah buaya. Ambil lendirnya dan sapukan pada bulu mata. Amalkan selalu dan bulu mata akan melentik secara perlahan.
4- Mencerah adn menghaluskan kulit
- Ambil sebiji limau nipis. Belahkan. Sapukan pada wajah dan badan. Kulit menjadi cerah, wangi dan segar.
5- Menaikkan seri wajah
- Basuhkan muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Biarkan mengering selama 10 minit. Bilaskan dengan air bersih.
6- Memerahkan bibir
- Ambil madu lebah sapukan pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan sela.u dan bibir anda akan kelihatan merah secara semulajadi tanpa mengunakan lipstik.
P/S : Minum air secukupnya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari untuk kegunaan bahagian badan tertentu termasuk sel-sel kulit. Air membantu mengekalkan kulit terhidrat dari dalam. Masalah kekurangan air sering membawa kepada penipisan kulit yang akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus serta kedutan muncul. Oleh itu, saya selalu minum dua gelas air pada waktu makan, satu sebelum dan satu selepas makan.
from Klik Disini http://ift.tt/2djkGxO
PETUA KECANTIKAN PENYERI WAJAH - SHEILA RUSLY ~ KLIK DISNI - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah