-->
Sabtu, 29 Oktober 2016

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP MAK NGAH - Resep Maskan


RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
  1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
  3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
  4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

P/S :
  • Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  • Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
  • Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2ePL83S
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP MAK NGAH - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+