-->
Kamis, 13 Oktober 2016

Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan ~ klik disini - Resep Maskan


Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan

Bahan-bahan:
  • 500 gram ayam (1/2 ekor ayam) - bersihkan & potong kecil
  • 5 biji bawang merah
  • 2.5cm halia
  • 1.5cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun limau purut - hiris halus
  • 2 biji kentang - belah 4
  • 1 sudu cili kisar (cili boh/cili giling)
  • 300 mlm santan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak (untuk goreng ayam & menumis)

Cara penyediaan:
  • Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup,buah keras dan serai bersama dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalamkuali untuk goreng ayam. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Gunakan kuali yang sama, masukkan kentang dangoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tutup api.
  • Dalam kuali / periuk lain, masukkan 4 sudu minyak masak dari kuali gorengan tadi. Panaskan minyak dan tumisbahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagihingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga rata.
  • Masukkan ayam dan kentang  yang telah digoreng tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga mendidih atau pekat.
  • Tutup api dan angkat untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun limau purut semasa dihidangkan.

Selamat mencuba..




from Klik Disini http://ift.tt/2e0LCXz
Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+