-->
Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi Kek Keju Pisang - Resep Maskan


BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji pisang berangan
  • 225gm krim keju
  • 150gm biskut marie | dihancurkan
  • 80gm mentega | dicairkan
  • 75gm gula aising
  • 100gm yogurt
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur

CARA MEMASAK:
  1. Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan hingga sebati dan tekankan pada bekas kek.
  2. Kemudian bakar sekejap dengan suhu 200⁰C selama 5-8 minit. Keluarkan dan letakkan di dalam peti sejuk sementara membuat lapisan kek. Ketepikan.
  3. Pukul krim keju bersama gula aising hingga sebati dan masukkan pisang. Pukul sehingga pisang hancur.
  4. Selepas itu masukkan yogurt bersama esen vanilla hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan kek ke atas lapisan biskut tadi. Bakar 30-35 minit dengan suhu 200⁰C.
  6. Keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2eXkR4J
Resepi Kek Keju Pisang - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+