-->
Sabtu, 29 Oktober 2016

Sentiasalah kita mengingati mati kerana ingatan itu akan menjadikan kita insan lebih baik. - Resep Maskan


"SAUDARAKU, begitu ramai manusia mencintai dunia. Jika dibenarkan, mereka tidak mahu mati. Mereka jauh daripada agama, apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.

“Sedangkan kehidupan dunia yang mereka begitu dambakan itu hanya singkat tempohnya dan sementara keindahannya," kata ulama terkenal Indonesia, KH Abdullah Gymnastiar atau lebih terkenal dengan panggilan Aa Gym.

Kita mengaku faham makna mati dan cara mengingatinya, namun sejauh mana kita benar-benar mendalami apa yang dimaksudkan mati dan bersedia menghadapi kematian itu.

Sukar sekali untuk menentukan setakat mana kita bersedia menghadapi kematian kerana kita tidak tahu bila ia akan datang kepada kita, manakala orang yang sudah menemui ajalnya tidak pula dapat bercerita mengenai kematian yang mereka alami. 

Apa yang tinggal untuk dijadikan pengajaran ialah kematian yang berlaku di sekeliling kita membabitkan ahli keluarga, saudara mara, sahabat, rakan pejabat atau jiran.

Mungkin kesedihan kita apabila kehilangan orang yang disayangi dan diingati itu boleh menjadi satu peringatan bahawa giliran kita untuk mati juga akan tiba, cuma menunggu waktunya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, bahawa mati yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu juga, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan khabarkan kepadamu segala apa yang sudah kamu lakukan.” (Surah al-Jumu'ah, ayat 8).

Kebanyakan orang berfikiran bahawa sentiasa ada hari esok, menyebabkan mereka menangguhkan untuk berbuat sesuatu kebaikan. Sedangkan kematian boleh berlaku pelbagai cara, sebab, di mana-mana dan sekelip mata.

Oleh itu, selagi berpeluang menikmati kehidupan, sentiasalah kita mengingati mati kerana ingatan itu akan menjadikan kita insan lebih baik.




from Klik Disini http://ift.tt/2eGIlMF
Sentiasalah kita mengingati mati kerana ingatan itu akan menjadikan kita insan lebih baik. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+