-->
Senin, 21 November 2016

5 Petua Untuk Merawat Penyakit Kulit Kurap - Resep Maskan


Petua Untuk Merawat Penyakit Kulit Kurap

*1)Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap pada hari.

*2)Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan pada setiap hari.

*3)Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan pada setiap malam.

*4)Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan pada setiap hari.

*5)Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan pada setiap hari.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share





from Klik Disini http://ift.tt/2fhmsQE
5 Petua Untuk Merawat Penyakit Kulit Kurap - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+