-->
Jumat, 25 November 2016

8 Ciri-Ciri Pasangan Yang Serasi Kita - Resep Maskan


8 Ciri-Ciri Pasangan Yang Serasi kita :

*1. Susah senang bersama  
  • *Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.

*2. Menerima diri kita seadanya 
  • *Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata sidia adalah pasangan yang serasi buat kita.

*3. Menghormati ahli keluarga kita
  • *Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.

*4. Berkongsi menanggung keluarga  
  • *Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak.
  • *Jangan amalkan, 'duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!' Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin.

*5. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa 
  • *Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

*6. Boleh membaca gerak hati kita 
  • *Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

*7. Saling memaafkan antara satu sama lain 
  • *Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan dan bermaafan sepanjang masa jika berbuat silap.

*8. Memiliki wajah yang serupa
  • *Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yang serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan kelompok orang yang sama. Jadi jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka  itu kekal hingga ke akhir hayat.

*P/S : Pendapat di atas hanyalah untuk renungan dan difikirkan bersama. Kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha dan berdoa juga. Untuk serasi bukannya boleh makan setahun dua, ia perlukan masa. Berusahalah agar kita menjadi pasangan yang serasi dan hidup dalam keharmonian.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.




from Klik Disini http://ift.tt/2fMRWzv
8 Ciri-Ciri Pasangan Yang Serasi Kita - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+