Ada ratusan cara untuk membakar lemak, namun ini adalah antara langkah yang paling mudah dan berkesan.
1. Jangan Berdiet
- Berdasarkan penulisan di dalam majalah Women’s Health Diet, anda digalakkan untuk makan makanan yang padat dengan nutrien. Apabila anda tidak makan, ini hanya akan menyekat metabolisme badan daripada berfungsi dengan baik. Akibatnya, badan akan memperlahankan kadar metabolisme bagi mengekalkan tenaga-tenaga yang masih tersimpan. Lebih teruk lagi, apabila keadaan ini berlanjutan, badan akan mulai membakar tisu otot pula, yang mana menjadi satu kelebihan kepada lemak visceral dalam badan untuk bernisbah lebih banyak. Kadar metabolisme akan menurun dan membawa kepada penguasaan penuh lemak di dalam badan.
2. Tidur Awal
- Tubuh badan kita memerlukan rehat yang cukup setelah seharian bekerja. Berdasarkan satu kajian di Finland keatas beberapa pasangan kembar, didapati bahawa bagi setiap set kembar yang ada, si kembar yang kurang tidur dan menerima lebih banyak tekanan memiliki lemak visceral yang jauh lebih banyak dalam badannya.
3. Minum Air Sejuk
- Berdasarkan satu kajian oleh para pengkaji di Jerman, mereka mendapati bahawa minum 6 gelas air sejuk setiap hari (48 auns) boleh meningkatkan kadar metabolisme iaitu penurunan kira-kira 50 kalori sehari. Jumlah ini cukup untuk mengurangkan berat badan anda sebanyak 5 paun dalam satu tahun, tanpa usaha tambahan. Peningkatan kadar ini mungkin sekali datang daripada kerja yang diperlukan untuk memanaskan air tersebut ke suhu badan kita.
4. Makan Lebih Banyak Protein
- Badan anda memerlukan protein bagi memelihara otot tanpa lemak dalam badan. Para penyelidik mencadangkan wanita mendapatkan antara 0.54 dan 1 gram protein, per paun berat badan. Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan melalui cara ini, gunakan berat badan anda sebagai panduan.
5. Bersarapan Pagi
- Bersarapan pagi mampu melonjakkan kadar metabolisme anda, jadi ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan andainya sesiapa yang tidak bersarapan 4 1/2 kali berkemungkinan menjadi obes. Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang menerima 22-55% kalori tubuh badan sekadar memiliki kenaikan berat badan sebanyak 1.7 paun dalam tempoh purata 4 tahun. Manakala, bagi yang menerima 0-11% kalori, mereka sekadar naik 3 paun sahaja dalam tempoh sama.
6. Minum Kopi atau Teh
- Kafein merupakan perangsang sistem saraf pusat jadi ianya mampu melonjakkan kadar metabolisme anda dari 5 ke 8%, membakar kira-kira 98 hingga 174 kalori sehari. Berdasarkan satu kajian di Jepun, secawan teh boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sebanyak 12%. Para pengkaji percaya bahawa antioksidan yang dikenali sebagai catechin yang terdapat di dalam teh membantu dalam merangsang kenaikan tersebut.
7. Dapatkan lebih banyak Vitamin D
- Vitamin D amat penting utnuk memelihara tisu otot. Anda boleh mendapatkan 90% daripada pengambilan harian yang disyorkan, dalam satu hidangan 3.5 auns ikan salmon. Sumber lain adalah tuna, susu diperkaya, bijirin dan juga telur.
8. Minum Susu
- Berdasarkan kajian, telah dibuktikan bahawa kekurangan kalsium yang selalu terjadi kepada ramai wanita boleh melambatkan kadar metabolisme. Pengambilan kalsium melalui pemakanan tenusu seperti susu lemak bebas dan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lain.
9. Makan Buah Tembikai
- Asid Amino Anginine, yang banyak terdapat di dalam tembikai boleh menggalakkan penurunan berat badan. Dalam satu kajian makmal, penambahan amino asid di dalam diet tikus yang obes meningkatkan pengoksidaan lemak dan glukosa. Sumber lain adalah seperti makanan laut, kekacang dan benih.
10. Minum Air
- Semua tindak balas kimia yang berlaku di dalam tubuh badan kita bergatung kepada air. Berdasarkan satu kajian di Universiti Utah, jika anda ternyahhidrat, anda boleh membakar sehingga 2% penurunan kalori. Minum sekurang-kurangnya 8-12, gelas 8-auns sehari.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2fFPyuG
Ada ratusan cara untuk membakar lemak, namun ini adalah antara langkah yang paling mudah dan berkesan. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah