-->
Rabu, 23 November 2016

Cara-Cara Membuat Kerang Masak Lemak Cili Api - Resep Maskan


Cara-Cara Membuat Kerang Masak Lemak Cili Api 

Mudah & Sedap dihidangkan dengan nasi putih panas.

Bagi anda yang kurang gemar dengan kerang semata-mata, boleh campurkan dengan daun pucuk paku pakis sebagai penambah selera.

Bahan-bahannya:
  • 1 kg kerang (basuh bersih²)
  • 15 biji cili api (kalau nk pedas sila tambah)
  • 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh) 

Cara Menyediakan Kerang Masak Lemak Cili Api
  1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur
  2. Titik kan serai
  3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. Jangan lupa masukkan asam keping.
  4. Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
  5. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.

Selamat mencuba uolss & Jangan lupa share. ^_^







from Klik Disini http://ift.tt/2ggXgyA
Cara-Cara Membuat Kerang Masak Lemak Cili Api - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+