-->
Kamis, 10 November 2016

DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU - Resep Maskan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau yang mengandungi bahan tajam dan halus yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Jika dengan keizinan Allah Azza Wajalla dapat menghindarkan kita dari perkara buruk ini. 

Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. 

Doa yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di hentian rehat.

Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya. 

Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora
Terjemahannya: 
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 
Satu doa yang baik dikongsi bersama-sama dan sebarkan kepada yang lain berkenaan Doa ini. Kes-kes kena santau biasa kita dengar. Ada yang terkena semasa makan di restoran, ditempat rehat, tempat kerja dan sebagainya.  Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.



from Klik Disini http://darahatiku.blogspot.com/2016/11/doa-benteng-santausantau-anginsantau.html
DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+