PETUA UNTUK KECILKAN PIPI YANG TEMBAM MACAM PAU
1. Kunyah gula-gula getah
- Dengan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot di wajah kita bergerak seperti bersenam. Selain bermanfaat untuk meniruskan pipi yang tembem, mengunyah gula-gula getah juga dipercayai mampu menenangkan saraf dan membersihkan gigi kita. Namun mengambil gula-gula getah juga tidak boleh terlalu banyak kerana akan membuat gigi kita rosak.
2. Senaman X-O
- Anda pasti pelik dengan maksud X-O ini. XO yang dimaksudkan disini adalah anda meniru atau mengucapkan huruf x lalu mengucapkan huruf o. Sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Hal ini juga termasuk dalam teknik senaman wajah.
3. Mengangkat pipi ke atas
- Angkat pipi keatas seperti saat anda sedang tersenyum. Angkat pipi hingga mendekati mata. Ini boleh dilakukan berulang-ulang dan bila-bila masa anda sempat kerana tidak memerlukan tempat atau masa yang tepat. Tetapi jangan lakukan di depan orang ramai, nanti orang fikir anda gila bila senyum sorang-sorang.
4. Membuka mulut lebar-lebar
- Buka mulut atau rahang seperti saat anda mengucapkan huruf A. Tetapi jangan membuka mulut terlalu luas sampai terasa sakit. Lakukan latihan ini sebanyak 3 kali dalam satu hari. Jangan terlalu lama dan jangan terlalu kerap kerana akan membuat rahang menjadi sakit.
5. Buat mulut ikan
- Buat bentuk bibir ikan, anda tahu kan bagaimana bentuknya bibir ikan? Juihkan bibir anda ke depan dan sedutkan pipi ke dalam dan lakukan berulang-ulang. Hati-hati jangan sampai luka bahagian dalam pipi anda.
6. Kembongkan pipi
- Tiup kedua pipi anda kembongkan kacam ikan buntal, dan tahan beberapa saat. Selepas itu kembungkan pipi kiri pulak kemudian tahan lagi beberapa saat. Lakukan juga pada pipi yang sebelah kanan. Senaman ini boleh anda lakukan secara berulang-ulang.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2fDEQ7R
PETUA UNTUK KECILKAN PIPI YANG TEMBAM MACAM PAU - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah