-->
Rabu, 02 November 2016

Resepi Sup Bebola Ikan - Resep Maskan


Resepi Sup Bebola Ikan

Bahan-bahan:
  • 300 gm ikan tenggiri
  • 1 sudu teh tepung ubi
  • 1 ½ sudu the garam
  • 150 gm sawi
  • 10 jalur so hoon
  • 1 sudu teh jeruk kobis
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih — cincang
  • 5 cm halia — hiris
  • 1 sudu makan kicap
  • Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:
  1. Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam.
  2. Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit.
  3. Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan. 
  4. Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan. 
  5. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.
  6. Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan. Goreng selama 2 minit. Masukkan 4 cawan air dan ½ sudu teh garam. Renehkan selama ½ jam.
  7. Tapis kuah sup ke dalam periuk lain. Panaskan. Masukkan bebola ikan yang telah dibuat tadi. 
  8. Setelah mendidih, masukkan sawi, so hoon dan jeruk kobis. Biarkan mendidih seklai lagi.
  9. Tutup api, masukkan kicap, garam dan lada sulah secukup rasa. 
  10. Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang putih goreng yang disediakan awal tadi.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2eAolsp
Resepi Sup Bebola Ikan - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+