-->
Sabtu, 26 November 2016

Saya minta rakyat malaysia doakan ayah saya... - Resep Maskan



AZIZAH Mat Husin, 56, isteri penerbit rancangan di Radio Klasik.fm akan pulang ke tanah air tanpa suaminya, Zainal Abidin Abdul Rahman, 56, esok.

Zainal Abidin masih gagal dikesan dan dikatakan hilang ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Anak sulung mereka, Zairul Azren, 32, berkata ibunya akan pulang bersama 469 jemaah umrah seperti dijadualkan dengan menaiki Malaysia Airlines.

“Umi (Azizah) kumpulan jemaah umrah akan tiba di KLIA, pada 11.15 pagi esok. Umi dan baba (Zainal Abidin) ke Makkah bersama 470 jemaah, 16 November lalu.

“Kumpulan mereka akan pulang kurang seorang kerana baba masih belum dapat dikesan.

“Saya meminta rakyat Malaysia turut sama berdoa semoga ayah saya ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Kelmarin, Zainal Abidin dan Azizah sepatutnya berjumpa semula di satu lokasi dijanjikan sekitar Kaabah selepas kedua-duanya selesai melakukan tawaf namun sebaliknya berlaku.

Selepas selesai tawaf dimulakan kira-kira 11 pagi waktu Makkah itu, Azizah memberitahu sudah lama menunggu di lokasi ditetapkan namun suaminya masih tidak muncul.

Sumber mymetro



from Klik Disini http://ift.tt/2fyMIGy
Saya minta rakyat malaysia doakan ayah saya... - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+