Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Sekarang ini media sosial memang sudah semakin meluas, hampir semua peringkat umur sekarang ada akaun sosial media tersebut. Tak kira yang muda mahupun yang tua, termasuklah ibu bapa.
7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial
Macam-macam perkara yang kita kongsikan disitu, tapi mungkin kita tak sedar ada beberapa perkara yang telah membuatkan kita jadi riak sebenarnya.
Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa perkara dan contoh yang membuatkan ibu bapa sekarang menjadi riak dengan anak mereka.
Tulisan ini dipetik menerusi Facebook Shawn Mizan.
1. Anak pandai mengaji
- Alhamdulillah. Syukur anak-anak saya semua cepat pandai. Umur 1 tahun dah hafal Yassin, Kahfi, Baqarah.
2. Anak dapat result periksa bagus
- Alhamdulillah. Tahniah anak mama dapat 100A. Tak sia-sia hantar pergi tuisyen sampai RM20 ribu abes setiap bulan. Mama bangga dengan kamu!
3. Anak comel
- Tak tau la dia ikut muka siapa. Muka mama dia ke, muka papa dia. Ramai cakap dia ni nanti dah besar lawa. I ingat nak masukkan dia dalam kelas modelling nanti. Mudah-mudahan, amin..
4. Baju anak
- Mahalnya baju bebudak sekarang. 2 helai stokin je sampai habis RM900. Pastu pakainya kejap je nanti. Budak cepat sangat membesar.
5. Kesihatan anak
- Alhamdulillah. Anak saya sejak lahir sihat. Kalau demam pun kejap je. Pastu OK dah. Kami tak boleh kotor-kotor n habuk-habuk ni. Anak kami, kami balut dengan plastik.
6. Anak solat
- Alhamdulillah. Anak ibu dah pandai solat. Umur baru 5 bulan dah pandai solat. Nanti doakan ibu yer.. Sejuk perut ibu.
7. Anak rajin
- Alhamdulillah. Anak-anak saya semua rajin. Saya didik dari kecik lagi. Umur dorang genap setahun je dah pandai cuci longkang, cat tiang, lap tingkap, repair atap, bla bla bla bla..
Kesimpulan :
Boleh nak cerita pasal anak. Tak salah pun. Cuma..
Upload la gambar-gambar anak seberapa banyak yang kita nak. Tak salah. Kita kongsikan kegembiraan kita.. Itu kenangan-kenangan kita..
Cuma, sebelum kita nak cerita sesuatu pasal anak tu, kita check dulu, ada unsur riak tak? Adakah aku nak dipuji? Atau aku mencari puji?
Kadang-kadang kita cuma nak berkongsi cerita pasal anak, tapi Syaitan itu halus bisikannya. Tanpa sedar jadi menunjuk-nunjuk dan riak. Bila hati tertipu, maka hanyutlah kita dalam sifat keji yang ALLAH benci.
Kalau kita tak hati-hati dan terpedaya dengan bisikan Syaitan, kita boleh timbul Riak..
Daripada Riak, bertukar jadi Ujub.. Lepas Ujub, kita jadi Takbur..
Na’uzubiLLaHiminzaliq..
Anologi di atas hanya sebagai contoh. Bukan situasi sebenar supaya tidak menyamai dengan mana-mana kemungkinan.. Maaf kalau ada yang terasa..
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share. Semoga memberi manfaat.
from Klik Disini http://ift.tt/2eqz8t1
Sila Baca!!! Antara Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial. Jangan Lupa Share!!! - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah