-->
Senin, 28 November 2016

Tips Untuk Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman - Resep Maskan

Gambar Hiasan

Apakah Ciri-ciri Lelaki Yang Beriman? 
  1. Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita-cita tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
  12. Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
  17. Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

Tips Untuk Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman

1. Senyuman Ikhlas 
  • Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup-degup. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman wanita sememangnya sangat menawan. Hatinya akan terasa bagaikan dipanah. Namun begitu, memikat lelaki beriman tidak perlukan anda tersenyum meleret keterlaluan. Cukup anda tersenyum dengan ikhlas dan biarkan niat anda sampai kepadanya nelalui keikhlasan juga. Pasti lelaki tersebut akan terasa keserasiannya.

2. Mata Yang Cantik Dan Merendah Diri 
  • Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli wanita. Namun lelaki yang beriman memandang wanita yang menundukkan pandangannya. Lelaki beriman mencari wanita yang memiliki sifat malu tetapi dalam masa yang sama bijak memanfaatkan pandangannya untuk mencari ilmu kebaikan. Jadi duhai wanita, tundukkan pandangan kamu jika mahu memikat lelaki beriman.

3. Penampilan Yang Menarik Dan Menutup Aurat 
  • Penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan lelaki mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah aspek yang lelaki lihat dahulu. Namun jagalah adab pakaianmu, tutur kata dan tingkah laku jika mahu memikat lelaki idaman yang beriman. Kerana hanya dengan memerhati bagaimana wanita bertutur pula sudah cukup untuk menjelaskan latar belakangnya termasuk tahap pendidikan, keluarga juga personaliti.

4. Pengetahuan ilmu rumahtangga yang tinggi 
  • Maksudnya anda perlulah bersedia dengan kepakaran memasak yang boleh menambat hati lelaki yang beriman. Pakar tidak mestinya pandai macam chef, lincah macam master chef profesional tetapi memasak dengan kasih sayang dan doa untuk keluarga bahagia. Jadi wanita yang bersih dan ikhlas melakukan kerja-kerja rumahtangga walaupun anda seorang yang berkerjaya. 

Anda juga boleh menggunakan cara-cara berikut untuk memikat lelaki idaman:
  1. Bersikap jujur dan sentiasa merendah diri.
  2. Lakukan apa yang lelaki beriman suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Contohnya pandai menjaga diri dan tidak bercampur gaul dengan bebas melainkan untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki.
  3. Menjaga kebersihan diri dan berpenampilan menarik. Maksudnya tidak sembarangan mengenakan  pakaian.
  4. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Mempertingkatkan sahsiah diri agar dipandang tinggi oleh lelaki idaman anda.
  5. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  6. Bersikap berhati-hati dan tidak mengongkong. Hormatilah orang lain dengan selayaknya.
  7. Tidak sengaja nenggoda mereka. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan tetapi cukup dengan lelaki tersebut mengetahui bahasa tubuh yang anda gunakan. Bersederhanalah ketika menuturkan kata. Insyaa Allah, lelaki idaman yang beriman nampak 'effort' atau usaha anda itu.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.




from Klik Disini http://ift.tt/2gmOZGu
Tips Untuk Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+