Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Malam pertama adalah mlm belaian. Mlm dimana suami dan istri mengenali tubuh badan masing2. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yg penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya. Aminnnn...
Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.
Islam mempunyai adab yg terkandung di dalamnya nilai2 akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.
Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-
- Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
- Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
- Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
- Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
- Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
- Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
- Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
- Keselesaan dalam hubungan kelamin.
- Kesederhanaan.
- Mensyukuri nikmat.
- Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.
DOA SEBELUM BERJIMAK
Bismillahi Allahumma jannibnas syaitana wajannibis syaitana ma razaktana
Ertinya:
Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.
Saya amat berharap kepada pembaca untuk share artikel ini supaya kita sama-sama dapat membantu menyebarkan adab2 dan doa ini pada sahabat2 kita yang lain.. Terima kasihh..
from Klik Disini http://ift.tt/2gIeim8
ADAB-ADAB DAN DOA SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah