-->
Sabtu, 23 Januari 2016

5 TIPS UNTUK MENGHENTIKAN HIDUNG BERDARAH


[~]1 Dudukan Pesakit

+Beritahunya untuk tunduk kehadapan, (bukan kebelakang) agar darah boleh mengalir dengan sempurna. Taktik yang anda gunakan untuk mendongak agar pengaliran darah hidung berhenti adalah salah kerana itu hanya akan membuatkan darah tadi menjadi beku di dalam hidung. Oleh itu, biarkan sahaja ia mengalir. Gunakan sarung tangan bukan getah (non-latex) untuk melindungi diri anda dan si pesakit daripada terkena kuman yang ada pada jari jemari anda sewaktu proses rawatan.

[~]2 Picit Hidung

+Arahkan pesakit untuk bernafas melalui mulut dan picit hidung dibahagian daging paling lembut (bukan dibatang hidung) untuk mengurangkan pendarahan. Pesakit boleh berpaut ditepi singki atau berikannya baldi supaya sisa darah yang keluar daripada mulut dan hidungnya boleh dikeluarkan dan tidak berciciran.

+Menelan kembali darah yang sepatutnya keluar itu hanya akan membuatkan seseorang mual. Nasihatkan pesakit supaya dia tidak menelan, menyedut kembali atau batuk kerana perbuatan ini akan mengundang pembekuan darah dalam rongga.

[~]3 Periksa Hidung

+Selepas 10 minit, lepaskan picitan pada hidung tadi dan cuba periksa. Jika darah masih lagi mengalir, sambung memicit hidung untuk jangka masa 10 minit yang seterusnya.

[~]4 Cuba Teknik Kompres Sejuk

+Berikan pesakit ais yang mencukupi atau pek sejuk dan pegang ia di atas batang hidung. Ini akan bantu mengurangkan pengaliran darah pada hidung.

[~]5 Periksa Hidung Kembali

+Apabila pendarahan telah berhenti, cuci keliling hidung dengan kain lembap. Nasihatkan pesakit supaya tidak menghembus hidung buat masa yang terdekat dan hindarkan aktiviti berat untuk jangka masa 12 jam.

[~]Cara Bantu Kanak-Kanak Yang Terlalu Kecil Mengalami Pendarahan Hidung

+Kanak-kanak yang terlalu kecil atau bayi tidak reti memicit hidung mereka sendiri. Apa yang boleh anda lakukan ialah, tenangkan dia supaya tidak cemas melihat darah. Sambil itu, cuba yakinkannya untuk meludah atau menghembus sisa darah di dalam sinki atau baldi. Setelah itu lapkan mukanya. Jika darah masih belum berhenti, cuba berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang selanjutnya.


5 TIPS UNTUK MENGHENTIKAN HIDUNG BERDARAH - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+