-->
Sabtu, 23 Januari 2016

RESEPI UNTUK BUAT BISKUT ALA ALA PEPERO


Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

[_]1 biji kuning telur
[_]1 biji putih telur
[_]3 1/2 oz milk chocolate
[_]1 oz white chocolate
[_]1/4 cawan susu pekat manis
[_]2 sudu besar gula
[_]1/8 sudu kecil garam
[_]1/4 cawan mentega
[_]2 sudu besar air
[_]1 1/2 cawan tepung
[_]1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [_]Campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati.

2. [_]Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.

3. [_]Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.

4. [_]Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.

5. [_]Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.

6. [_]Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

7. [_]Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

8. [_]Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.


RESEPI UNTUK BUAT BISKUT ALA ALA PEPERO - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+