-->
Selasa, 12 Januari 2016

FAKTA MENARIK TENTANG BAYI YANG ANDA PATUT TAHU (#16 TU PASTI RAMAI YANG TAK TAHU)


1 [+]Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2 [+]Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3 [+]Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4 [+]Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5 [+]Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6 [+]Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7 [+]Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8 [+]Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9 [+]Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10 [+]Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11 [+]Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12 [+]Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13 [+]Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14 [+]Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15 [+]Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16 [+]Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



FAKTA MENARIK TENTANG BAYI YANG ANDA PATUT TAHU (#16 TU PASTI RAMAI YANG TAK TAHU) - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+