[=]Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.
P/S JOM SAMA SAMA KITA AMALKAN PETUA NI. IN SHA ALLAH BERKESAN
PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah