ROTI SARANG TEBUAN
Bahan-bahan untuk doh:
{+}2 cawan tepung roti - boleh juga guna tepung gandum
{+}1/2 sudu teh dry yis
{+}1/4 sudu teh garam
{+}½ sudu teh baking powder
{+}1 sudu besar gula pasir
{+}¼ cawan plain yogurt - suhu bilik
{+}¼ cawan minyak sun flower/minyak jagung
{+}1/2 cawan air suam
Bahan-bahan untuk Tabur:
{+}Almond flakes
{+}Sunflower/pumpkin seeds
{+}Butterscotch
Bahan-bahan untuk Sapuan:
{+}Kuning telur
{+}Susu cair
{+}Esen vanila
{+}Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
1. {+}Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. {+}Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. {+}Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. {+}Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. Saya hanya mengulinmenggunakan mixer jer.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dulu dulu (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. {+}Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. {+}Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar anginnya
7. {+}Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing (dalam 20 gram) dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
8. {+}Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak jer. Biarkan doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan. Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak.
9. {+}Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven pada suhu 180-200C api atas bawah.
10. {+}Pastikan oven betul betul panas, baru dimasukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. {+}Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat cepat tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.
Nota penting:
1) {+}doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi bahagi doh kecik kecik.
2) {+}tak payah bulat bulat sangat pun, sekadar lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
3) {+}pastikan oven benar benar panas supaya ia lembut bak cotton.
4) {+}JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) {+}Kalau tak habis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas kemas
Sos Butterscotch
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
{+}1/2 cawan gula perang
{+}1/2 cawan whipping cream (kalau tak ada bubuh jer susu cair)
{+}Secubit garam
{+}1/2 sudu kecil vanilla essence
{+}25 gram butter
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
{+}Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
{+}Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Nota penting:
{+}Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
RESEPI ROTI SARANG TEBUAN YANG BEST SANGAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah