-->
Jumat, 22 Januari 2016

Resepi Ayam Kung Pao Power Super Lezat Seantero Dunia

Ayam Kung Pao Power
Ayam Kung Pao Power

Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

(~)300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
(~)5 biji cili kering, dipotong dua
(~)2 inci halia muda, hiris nipis
(~)3 ulas bawang putih, hiris nipis
(~)1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
(~)1/3 biji karot, hiris nipis
(~)1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
(~)2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
(~)sedikit daun bawang
(~)2 sudu minyak masak

Bahan-bahan untuk Perapan:–

(~)1 sudu besar minyak bijan
(~)2 sudu besar tepung jagung
(~)2 sudu besar kicap cair

Bahan-bahan untuk sos:-

(~)1 sudu besar kicap pekat berkaramel
(~)1 sudu besar tepung jagung
(~)1 sudu besar kicap cair
(~)1 sudu teh gula
(~)3 sudu besar air

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (~)Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.

2. (~)Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.

3. (~)Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.

4. (~)Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah.

5. (~)Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Tip Penting:-

(~)Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.


RESEPI AYAM KUNG PAO POWERR - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+