-->
Jumat, 22 Januari 2016

7 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS BERSENAM MULAI SEKARANG


1) AWET MUDA

(!)Aktiviti fizikal melambatkan proses penuaan. Jadi kita akan  kekal sihat dan aktif pada jangka masa lebih lama.  Sebab tu kalau kita tgk orang yg rajin bersenam, nampak lebih muda dari usia dan tenaga mereka luar biasa kadang2 mengalahkan orang yg lebih muda dari mereka. Jika kita bersenam dgn kerap contohnya 30min sehari 6 hari seminggu, kita dapat memanjangkan umur. Melambatkan proses penuaan. Kekal muda lebih lama.

2) JANTUNG YANG LEBIH SIHAT

(!)Senaman akan meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan level cholestrol darah, dan mengelakkan berlakunya saluran darah tersumbat.  Jika tekanan darah tidak tinggi, senaman akan membantu mengawalnya.

(!)Jika tekanan darah anda semakin tinggi,

(!)senaman berkala akan membantu menurunkannya ke paras yg sihat.


3) MENGURANGKAN RISIKO KANSER

(!)Berdasarkan kajian, moderate exercise seperti berjalan selama 30minit setiap hari berupaya mengurangkan risiko penyakit kanser payudara. Salah satu cara untuk para wanita perlu lakukan bagi mengelakkan penyakit berbahaya ini. Individu yang aktif mempunyai kadar yang rendah terkena penyakit kanser usus dan kanser perut. Ini berkemungkinan kerana  senaman meningkat pergerakan sisa perkumuhan dalam sistem penghadaman kita

4) TULANG YANG LEBIH KUAT

(!)Senaman terutamanya yang melibatkan beban seperti Strengh Training jika dilakukan 2 ke 3 seminggu akan meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan kecederaan dan kelemahan tulang.

5) TIDUR LENA

(!)Aktiviti fizikal akan mengurangkan level stress dan tension jadi anda akan lebih mudah tidur, tidur lena dan bangun dengan rasa yang lebih segar.

6) GOOD MOOD

(!)Senaman sudah terbukti adalah satu cara yang efektif untuk merawat moderate depression,

(!)meningkatkan tenaga, mengurangkan keresahan dan boost positive feelings.

7) GREATER STAMINA

(!)Bila otot menjadi lebih kuat, ia akan lebih mudah untuk berfungsi dan mampu bertahan pada jangka masa yg lebih lama.


7 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS BERSENAM MULAI SEKARANG - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+