AYAM MASAK LEMAK KUNING
Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
{+}1 kg ayam, dipotong 12 keping
{+}3 cawan santan pekat
{+}3 cawan santan cair
{+}3 batang serai, dititik
{+}3 keping asam keping
{+}Sedikit serbuk kunyit
{+}Sedikit garam,
{+}3 biji ubi kentang, dipotong dadu
Bahan-bahan untuk di Kisar:–
{+}15 biji cili padi
{+}10 biji bawang kecil
{+}5 biji bawang putih
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. {+}Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit.
2. {+}Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang.
3. {+}Kemudian, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa.
4. {+}Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan.
RESEPI AYAM MASAK LEMAK KUNING YANG SANGAT LAZAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah