-->
Rabu, 20 Januari 2016

Resepi Bubur pulut Hitam Vanilla. Manis dan Sedaaaap Banget

Resepi Bubur pulut Hitam Vanilla. Manis dan Sedaaaap Banget
Resepi Bubur pulut Hitam Vanilla - Bubur Pulut Hitam Vanila  adalah salah satu manisan pilihan yang patut anda cuba untuk waktu berbuka puasa. Gabungan tradisi masih dikekalkan namun diolah menjadi lebih segar dengan penambahan rasa Vanila yang pastinya mengancam! Bukan sahaja menambahkan kesedapan bubur pulut hitam ini malahan rasa baru ini boleh buat anda dan seisi keluarga jatuh cinta pandang pertama! Cuba resepi ini dengan sediakan bahan-bahan masakan seperti di bawah.

Bubur pulut Hitam Vanilla

Bahan-bahannya
  • 500 ml santan cair
  • 100 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 200 gm pulut hitam
  • 150 gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 300 gm ais krim vanilla

Cara membuat Bubur pulut Hitam Vanilla

Rebus pulut hitam bersama air dan biar sampai kembang.

Setelah itu, masukkan pula gula Melaka, santan cair serta daun pandan.

Biarkan mendidih selama lebih lima minit.

Masukkan pula santan pekat dan biarkan ia mendidih sekali lagi.

Kacau dan tutup api apabila masak.

Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan ais krim vanila

Selamat Mencuba

Baca juga : Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+