Chicken Chop
Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan-bahan Perap –
{~}2 keping paha ayam debone ( Dibuang tulang )
{~}2 sudu kecil serbuk/pati ayam
{~}1 sudu kecil serbuk lada putih
{~}1 sudu kecil serbuk lada hitam
{~}1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan Salutan –
{~}1 biji telur – di pukul
{~}1/2 cawan tepung jagung
{~}1/2 cawan breadcrumbs
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. {~}Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap selama 4 jam di
dalam peti sejuk.
2. {~}Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. Celupkan kedalam telur dan
salut rata dengan breadcrumbs.
3. {~}Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sos lada hitam –
1. {~}Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.
2. {~}Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya.
3. {~}Kalau ada minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi.
Bahan-bahan Sampingan:–
1. {~}Kentang Goreng atau kentang putar.
2. {~}Sayuran Tomato, daun salad, jagung, broccoli dan lobak merah.
RESEPI CHICKEN CHOP YANG RANGUP DAN SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah