CREAMY BUTTER CRABBY
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[+]1 1/2 kg ketam bunga
[+]1/2 biji bawang besar kuning - cincang
[+]2 1/2 sudu besar/8-10 ulas bawang putih - cincang
[+]20 helai daun kari - saya letak lebih
[+]10 - 12 tangkai cili padi - hiris
[+]3 sudu besar butter
[+]1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
[+]1 - 1 1/2 sudu besar gula
[+]Garam secukupnya
[+]Minyak masak
[+]1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[+]Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos.
[+]Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.
[+]Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.
[+]Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.
[+]Akhir sekali masukkan ketam. Boleh juga guna udang atau ayam. Tapi jika menggunakan ayam, goreng ayam terlebih dahulu. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk dihidangkan.
Nota penting:-
[+]Kuah sedap dicicah dengan roti atau mantao.