-->
Rabu, 20 Januari 2016

Resepi Kek Hokkaido Japan Super Gebu

Resepi Kek Hokkaido Japan Super Gebu
Resepi Kek Hokkaido Super Gebu - Aku ni suka sangat baking tu yang meroyan beli Kitchen Aid bagai sekarang ni gile nak mengumpul Nordic Bundt cake pan selang 2- 3 hari aku mesti membaking dah macam ketagih dah aku ni makan nye secubit je..

Memandangkan hari ni ade pot luck kat opis dan sekolah anak aku, jadi aku decided untuk buat Kek Hokkaido. dah banyak resepi aku guna, dan aku rasa resepi yang ni best aku cedok resepi ni kat sini

Terima kasih banyak-banyak Hana sebab berkongsi resepi yang superb nih

Ok, cakap banyak tak guna, meh layan resepi dan gambar

Kek Hokkaido Super Gebu

Bahan Bahan A
  • 3 biji kuning telur gred A
  • 20g gula kastor/gula halus
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad *
  • 55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
  • secubit garam*

Bahan Bahan B
  • 3 biji putih telur gred A
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara Membuat Kek Hokkaido Japan

Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.

Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.

Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.

Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.

Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.

Tips : pakai ice-cream scoop supaya amount adunan akan sama, tak lebih, tak kurang

Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.

Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.

Selamat mencuba

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+