1. #Jauhi makanan yang berkarbohidrat tinggi
(*)Cara mengecilkan perut yang paling penting ialah belajar tentang pemakanan. Makanan yang mengandung karbohidrat lebih mudah ditutarkan menjadi lemak sehingga menambah penumpukan lemak di perut.
(*)Wanita yang memiliki perut buncit dicadangkan agar tidak makan makanan yang mengandung karbohidrat pada malam hari. Ini kerana pada malam hari, tubuh kita tidah seaktif di siang hari. Kadar metabolisme juga tidak sama. Bila kadar metabolisme rendah, tidak banyak kalori yang dibakar.
2. #Jauhi makanan yang digoreng
(*)Cara mengecilkan perut yang seterusnya ialah mengelakkan makanan yang bergoreng. Bukan tidak boleh makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya.
(*)Makanan yang digoreng memang memiliki cita rasa yang mengundang selera makan tinggi. Dengan adanya makanan cepat siap, tentu sekali akan membuat kita mudah tergoda. Dianjurkan agar tinggalkan terus makanan segera. Begitu juga dengan makanan bergoreng yang mudah didapati di pasar malam.
3. #Jangan makan sebelum tidur
(*)Makan di kedai mamak jam 2-3 pagi? Hentikanlah.
(*)Makan Maggi kerana terlalu lapar sebab buat kerja lewat malam? Hentikanlah.
(*)Hindarilah makan sebelum tidur kerana ketika tidur, aktiviti pencernaan manusia terhenti dan ini menyebabkan makanan yang seharusnya dicerna menjadi menumpuk dan menghasilkan gas yang membuatkan perut kembung.
(*)Paling ideal, kena makan 4 jam sebelum tidur!
4. #Makanlah makanan berserat
(*)Antara cara mengecilkan perut yang lain ialah makan makanan yang ada fibre.
(*)Mulakanlah makan makanan yang berserat yang membantu proses pencernaan dengan sempurna.
(*)Buah-buahan adalah pilihan makan terbaik yang wajib dimakan untuk membantu mengecilkan perut buncit.
(*)Ikut sunnah Rasulullah, makan buah dahulu sebelum makan makanan yang berat.
5. #Jauhi makan makanan bergaram
(*)Cara mengecilkan perut yang seterusnya ialah dengan menjauhi makanan bergaram. Memakan makanan masin yang berlebihan menyebabkan perut kembung dan dapat menarik air dalam jumlah yang banyak.
6. #Jauhi makanan dan minuman yang bersoda
(*)Makanan dan minuman yang bersoda menyebabkan perut buncit kerana jenis minuman yang mengandung soda mengandung gas.
(*)Jika serius ingin berusaha untuk kurus dan gunakan cara mengecilkan perut ini, katakan tidak pada Coca Cola atau Pepsi, dan minuman bergula yang lain. Kandungan gulanya terlalu tinggi dan bakal membawa mudarat dalam jangkamasa yang panjang. Jika ada anak, ajar anak minum air suam selalu.
7. #Minum banyak air
(*)Ini yang selalu diabaikan ramai orang. Minum banyak air putih dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh. Air juga dapat menghilangkan rasa lapar.
8. #Jangan tidur terlalu lambat
(*)Tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi. Ketika tidur, usahakan memakai pakaian yang longgar sehingga tubuh dapat bernafas dengan baik.
9. #Bersukan selalu
(*)Sering kali kita tidak dapat meluangkan masa disebabkan kesibukan kita setiap hari. Bukan sekadar sibuk dengan kerja pejabat, malahan kerja rumah juga belum tentu siap. Luangkanlah masa sekitar 20-30 minit untuk bersenam seperti sit-up secara rutin setiap hari. Percayalah, rasa puas sangat bila rasa peluh menitis dari dahi!
10. #Ketawa
(*)Mungkin kaedah ini terdengar aneh dengan cara mengecilkan perut yang terakhir ini. Namun faktanya, ketawa dapat membakar lemak yang ada di perut kerana pada saat tertawa kita menggunakan otot perut.
(*)Selain membakar lemak di perut tertawa juga dapat mengurangi stress dan membuat suasana hati bertambah, terutama bagi mereka yang sedang berduka lara.
(*)Beginilah cara mudah mengecilkan perut anda. Lakukan terus sehingga anda mendapatkan hasil yang diinginkan.
TIPS UNTUK MENGECILKAN PERUT YANG SANGAT MUDAH DI LAKUKAN - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah