Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang pada ita cukup unik kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakan satu bijik kek yang enak ini.
Kek ini adalah permintaan seorang rakan muka buku ita. Beliau minta ita carikan resepi yang menjadi kesukaan anak-anaknya. Katanya anak-anaknya cukup suka kek ini, tapi harganya yang sangat mahal membuatkan beliau merasakan adalah lebih baik sekiranya beliau membuat sendiri untuk keluarga tersayang.
Betulah.. sekarang harga makanan dan barangan cukup-cukup mahal. Kadang bercinta rasanya nak membeli. Jika mempunyai keluarga yang ramai.. adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan keperluan untuk mereka cukup. Jika tak larat nak beli disebabkan harganya yang mahal.. ada baiknya kita buat sendiri.. puas dimakan bersama keluarga.. bukan itu aje ianya juga terjamin darisegi kebersihan dan sudah semestinya di sediakan dengan penuh kasih sayang.. ya tak?
Hasil pencarian ita di google, akhirnya bertemulah ita dengan resepi yang dipinta. Resepi ini ita ambil dari blog Kirbie's Cravings. Tak sangka resepi ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Ita mula terfikir adoii.. 2 bahan aje.. tapi kenapa ianya dijual dengan harga yang jauh lebih mahal.. ooo.. mungkin harga Nutella itu yang membuatkan harganya turut mahal dipasaran.
Macam mana? ada yang terasa nak mencuba? Jom ikut ita masuk dapur dan kita intai-intai resepi yang cukup mudah ini.
Flourless Nutella Cake with Caramel Sauce
Flourless Nutella Cake
Resepi oleh : Kirbie's Cravings
Bahan Bahan
4 biji telur bersaiz A
250 gm Nutella
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Sediakan loyang berukuran 7 inc dan di gris dengan butter serta lapikkan dengan kertas minyak, atau kertas pembakar
Masukkan telur ke dalam mixer
Putar telur dengan speed tinggi hingga kembang , ringan dan naik 3 kali ganda. Warnanya akan bertukar putih krim masa yang di anggarkan 6 minit
Ambil 1/3 bahagian telur dan kaup balik di dalam nutella.
Kaup balik rata
Ambil lagi 1/3 dan ulang proses yang sama hingga habis semua adunan telur
Tuangkan adunan di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mint
Bila dah masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan atas redai.
Resepi Caramel Sauce
Bahan Bahan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk
Letakkan kek di atas pinggan. Kek ni nipis aje ya..
Tuangkan sos karamel atas kek dan ratakan
Hiaskan jika perlu
Sedia dinikmati bersama keluarga.. eeeemmm.. yummy!
Sedap tau! tak sangka resepi yang semudah ini dapat menghasilkan kek yang yummy!
Selamat mencuba!
Baca juga : Resep Donat Kotak Ubi Ungu Isi Vla Jagung Manis. Yummy!...