(#)Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Ya, anda tidak perlu menggunakan bahan kimia apatah lagi habiskan duit untuk rawatan, hanya gunakan kulit pisang sahaja sudah cukup. Nak tahu caranya?
(#)Cara sangat mudah, hanya memilih pisang yang matang tetapi elakkan yang kulitnya hitam. Setelah anda makan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit.
(#)Selepas itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin terasa tidak selesa tetapi cara ini akan menjaga kulit pisang bekerja dengan baik pada gigi.
(#)Selepas 10 minit, sikatlah gigi dengan berus gigi kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 – 3 minit. Kemudian basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang di gigi.
(#)Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.
(#)Bagaimanakah ia berfungsi? Kalium, magnesium dan manganese, semuanya dari kulit pisang membantu untuk mengurangkan kotoran pada enamel.
(#)Hebat bukan? Gigi putih tanpa bahan kimia atau rawatan mahal.
TIPS UNTUK PUTIHKAN GIGI MENGGUNAKAN KULIT PISANG - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah