KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)1 biji jantung pisang (Saiz Sederhana)
(*)1 biji bawang besar (ditumbuk bersama bawang putih dan cabai merah)
(*)2 biji bawang putih
(*)Cabai merah (ikut selera)
(*)10 tangkai cili padi (dihiris)
(*)1 tangkai serai (dihiris nipis)
(*)Sedikit daun selom.
(*)Kelapa parut (digoreng dan kemudian dikisar sedikit. Jangan kisar lama sangat, nanti jadik kerisik)
(*)1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng, ganti dengan udang kering pun boleh)
(*)Limau nipis (ambil patinya)
(*)Sedikit garam.
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. (*)Jantung pisang dihiris nipis. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditumbuk.
2. (*)Masukkan pula kelapa goreng tadi. Ini diikuti dengan hirisan serai dan daun selom.
3. (*)Masukkan perahan limau nipis dan sedikit garam. Kemudian, gaulkan bersama ikan bilis goreng hingga sebati.
4. (*)Sedia dihidang.
RESEPI KERABU JANTUNG PISANG YANG AMAT LAZAT DAN ENAK - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah