-->
Kamis, 07 Januari 2016

RESEPI KETUPAT SOTONG YANG HARUS ANDA CUBA


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:

(*_~)Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap je tau
(*_~)8 ekor sotong - asingkan kepala sotong dengan badan sotong
(*_~)Santan
(*_~)1 ketul gula melaka - potong kecil-kecil
(*_~)1 sudu gula pasir
(*_~)Secubit garam
(*_~)Daun pandan


Cara-cara untuk membuatnya ialah:

(*_~)Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.

(*_~)Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.

(*_~)Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.

(*_~)Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.

(*_~)Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan. Selamat menjamu selera.


RESEPI KETUPAT SOTONG YANG HARUS ANDA CUBA - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+