(*)beberapa tips untuk semua isteri harus ambil tahu,
[+]amalkan dengan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air,
agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita.
(*)Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian.
[+]Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
[+]tidak mengapa suruh maid basuh baju kita, tetapi yang ‘kecik-kecik’ terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin apabila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat,
[+]masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsianya tu).
(*)Perkara kedua ialah tentang bilik tidur.
[+]Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada pembantu rumah. NO ENTRY !!!!.
[+]Apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.
[+]Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya.
[+]Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia juga tu).
[+]“bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenang,
rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yang mengemasnya!
(*)perkara ketiga dalam hal makan dan minum,
[+]kan sudah dipesan org tua bahawa mahu jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu Dan antara dua lututnya… (syahwatnya).
[+]Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.
[+]AIR TANGAN! atau SENTUHAN TANGAN! Itulah rahsianya,
[+]sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib.
[+]Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang.
[+]Tidak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tetapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
[+]Kalau kita masih keliru dan kurang yakin,
[+]cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
[+]kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa,
[+]namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil ‘air tangan ibu’.
[+]Walaupun sekadar MEE MAGGIE!!.
RAHSIA PENGERAT SUAMI ISTERI (PARA ISTERI MOHON AMBIL TAHU) - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah