KUIH DORAYAKI
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)100 gram tepung gandum
(*)60gram gula
(*)2 biji telur
(*)2 sudu teh madu
(*)Setengah sudu kecil soda bikarbonat
(*)Setengah sudu kecil esen vanilla
(*)Setengah sudu teh minyak masak
(*)50ml susu segar/susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)
untuk Intinya ialah:–
(*)Inti kacang merah yang manis. Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1.(*)Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.(*)Masukkan madu, esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.(*)Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.(*)Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.(*)Panas kuali ‘non stick’.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.(*)Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.(*)Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.
RESEPI KUIH DORAYAKI YANG LEMBUT DAN SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah