(!)Cari maklumat kehamilan
[=]Kehamilan akan mengubah perilaku isteri anda secara fizikal ataupun emosi. Mudah penat, pening dan muntah kini menjadi sahabat karibnya. Isteri juga menjadi lebih sensitif walaupun untuk perkara yang dirasakan sangat remeh. Sebagai suami janganlah mudah melenting dan marah dengan perubahan tersebut. Ia adalah perkara normal yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
[=]Oleh itu suami perlu mempunyai ilmu dan info berkenaan kehamilan. Secara tidak langsung anda boleh berkongsi dengan isteri tentang info tersebut dan dia akan merasakan betapa anda mengambil tahu perubahan yang sedang dilaluinya.
(!)Jaga pemakanan isteri
[=]Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.
[=]Jika isteri hilang selera makan ketika peringkat awal kehamilan, belikan dia makanan yang memenuhi seleranya sahaja. Jangan paksa dia makan makanan yang tidak boleh dijamah. Isteri anda juga memerlukan masa rehat yang mencukupi kerana dia mudah penat dan letih ketika ini.
[=]Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
(!)Elak tekanan
[=]Sewaktu isteri hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Ketika ini isteri enggan memikirkan perkara yang boleh memeningkan kepalanya. Oleh itu seboleh mungkin selesaikan masalah tanpa melibatkan isteri.
(!)Teman isteri jumpa doktor
[=]Keprihatinan anda menemankan isteri berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bulanan memberikan makna kepada isteri. Isteri berasa diri dihargai dan disayangi. Bayangkan isteri anda sarat mengandung dan perlu memandu sendirian serta menunggu giliran berseorangan sedangkan isteri orang lalin ditemani suami masing-masing.
[=]Tentu sedikit sebanyak ia mengganggu emosi isteri. Sesungguhnya kehadiran suami memberikan semangat kepada isteri.
(TIPS BUAT SUAMI) APA YANG SUAMI PERLU BUAT KETIKA ISTERI SEDANG HAMIL - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah