-->
Sabtu, 09 Januari 2016

RESEPI MACARONS SEDAP

MACARONS

MACARONS

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan:-

{+}80g putih telur
{+}65g gula castor
{+}80g serbuk almond} - mesti benar benar halus
{+}140g gula icing - diayak
{+}Pewarna serbuk

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

{+}Siapkan non-stick baking paper. Lukis dengan duit syiling 50 sen. Ketepikan.

{+}Dalam mangkuk yang bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil memutar sehingga adunan kental dan bertanduk.

{+}Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Nota Penting:

{+}adunan mestilah mengalir tak putus putus.
{+}almond mesti halus barulah adunan akan nampak berkilat licin

{+}Kemudian bolehlah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 6 bahagian. Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastic atau piping beg.

{+}Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas tadi. Siapkan sampai habis. Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.

{+}Rehatkan macarons lebih kurang 30-45 minit. Pastikan macaron benar benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

{+}Panaskan oven 150C. Jangan panas sangat kerana nanti macaron pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15-20 minit.

{+}Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas pembakar atas rack dan biarkan ia sejuk. Dah sejuk, bolehlah diletak apa apa ganache yang disukai.


RESEPI MACARONS SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+