Petua pertama : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua kedua : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.
Petua ketiga : Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua keempat : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Petua kelima : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula
jika anda amalkan petua-petua ini in sha allah akan berhasil.
5 PETUA UNTUK MERAWAT SENGGUGUT YANG ANDA KENA TAHU - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah