Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.
Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur. Pada asalnya makanan ini dibuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar. Tempe tersebut kemudian digoreng dan setelah masak disajikan dengan sambal. Lama kelamaan makan ini telah di olah, di tambah pula dengan ayam dan ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi dan sambal.
Kini ianya cukup popular, bukan sahaja di Indonesia, malahan telah menambat hati rakyat Malaysia.
Kebiasannya bila kita makan di kedai, set hidangan Nasi Ayam Penyet adalah ayam penyet, sambal penyet, tahu dan tempe penyet bersama ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi putih. Nasi ayam penyet ini kesedapannya pula banyak bergantung kepada sambalnya, ayamnya yang di perap dengan rempah dan tahu serta tempe yang juga di goreng berempah. Jika kurang sedap rasa sambalnya maka kurang umpph! lah nasi ayam penyet tersebut.
Di Johor Bahru ni, banyak kedai makanan yang menghidangkan nasi ayam penyet. Harganya pula dari RM 6.00 hingga ada yang merncecah RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. Wow! boleh tahan juga harganya kan.. bagi yang makan bersendirian tak jadi masalah.. tapi bagaimana pula dengan mereka yang besar keluarganya.. pasti kercekik leher dibuatnya bila mendengarkan harganya yang semahal itu..
Anda jangan risau.. hari ini ita kongsikan resepi nasi Ayam Penyet baik punya sedap! terlajak sedap dan terlajak power!
Cara membuatnya tak susah mana.. mudah aje kalau anda ikut step by stepnya yang mudah
Sebelum tu ita nak ceritakanlah tentang kesedapan Nasi Ayam Penyet yang di kongsikan oleh Bloqresepi . Resepi ini ita rujuk dari My Resepi. Ramai yang dah mencuba dan rata-rata mendapat pujian yang hebat! Tak sabar rasanya ita nak mencuba.
Bahannya tak sukar.. Memasaknya pun tak sukar mana.. Masa memasak pun agak cepat dan ringkas.. jika semua bahan dah tersedia.
Bagaimana pula rasanya..? memang terbaik...! rasanya inilah nasi ayam penyet yang terbaik.. dan resepi yang terbaik.. anak-anak suka.. suami pun suka.. ita lagilah bertambah-tambah suka.. yang paling ita suka sambal penyetnya.. memang power habis.. sedap sangat..! kena pulalah dengan ayamnya yang perghhhh.. garing di luar lembut di dalam.. bersama keriuk keriuk ayam yang rangup.. kruk.. krak.. kruk.. krak.. kami menikmatinya.. tahu dan tempe.. pun terbaik.. memang berbaloi mencuba.. Kelainannya kali ini nasinya adalah nasi ayam bukan nasi putih.. lagi lah bertambah-tambah anak-anak makan..
Macam mana dah tak sabar nak mencuba!
Jom kita masuk dapur..
NASI AYAM PENYET
Resepi oleh : Bloqresepi
Rujukan : My Resepi
Sebelum anda mulakan ita nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi anda yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!
Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam
1 ekor ayam ~ ita guna ayam kampung yang bersaiz agak kecil
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ita tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.
Bahan Perapan
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
Caranya
Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!
Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.
Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!
Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
* sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam.
Dah pun siap ayam kita, sekarang kita masak nasi pula.
Jom lihat bahan untuk nasi pula
Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam
3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul
Cairkan butter
Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
Perasakan dengan garam
Anda boleh juga masukkan kub ayam, ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam.
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna
Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita mask kita sediakan sup pula
Bahan Untuk Sup Ayam
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan
Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.
Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya
Bahan Untuk Sambal Penyet
Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau campurkan antara cili padi dan cili merah. Kalau cili padi semua nanti berasap telinga..
10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..
Selamat menjamu selera....