1. **Tepung Sagu -
++Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.
2. **Daun Kunyit -
++Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gatal.
3. **Gambir -
++Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal.
4. **Garam Kasar -
++Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan.
5. **Daun Rambutan -
++Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal. Masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi 3 gelas air, hancurkan daun rambutan . Setelah itu perah 2 biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Tapis air tersebut, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya dan amalkan 2 minggu sekali.
PETUA UNTUK HILANGKAN SAKIT GATAL GATAL - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah