PUDING ROTI
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[+]6 keping roti Gardenia - [dipotong cube]
[+]2 cawan susu segar
[+]1/2 cawan gula kaster
[+]1 sudu besar mentega
[+]1/4 sudu kecil garam
[+]2-3 biji telur - pukul ringan
[+]1 sudu kecil esen vanilla
[+]Sedikit kismis
[+]Sedikit serbuk kayu manis
Cara-cara untuk membuatnya ialah:
[+]Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
[+]Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
[+]Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.
[+]Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
[+]Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan
RESEPI PUDING ROTI YANG SANGAT SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah