-->
Senin, 18 Januari 2016

RESEPI PUFF SARDIN YANG SEDAP SANGAT SANGAT

RESEPI PUFF SARDIN YANG SEDAP SANGAT SANGAT

PUFF SARDIN

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)Puff pastry secukupnya
(*)Inti sardin
(*)Sapuan – Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul

Bahan-bahan untuk Inti Sardin ialah:-

(*)1 tin sardin – buang kuah tomato dan keluarkan isinya saja
(*)2 ulas bawang putih – dikisar
(*)1/2 bawang besar – dikisar
(*)1/2 inci halia – dikisar
(*)1 bawang besar -didadu
(*)1/2 sudu besar cili kisar
(*)1 sudu besar sos cili
(*)1 sudu besar sos tomato
(*)1 sb gula
(*)1/2 sb garam halus
(*)1 sb perahan lemon

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

A) untuk Inti Sardin:

1. (*)Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik bau.

2. (*)Masukkan bawang yang dipotong dadu dan ikan sardin. Kacau rata sambil hancurkan ikan sardin.

3. (*)Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan perahan lemon.

4. (*)Kacau rata sehingga inti agak kering. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan tutup api.

B) untuk Puff Sardin:

1. (*)Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.

2. (*)Ambil satu bahagian dan kelar 3-4 line di sebelah kanan bahagian segitiga.

3. (*)Letak inti sardin di tengah-tengah kulit puff. Tutup puff dengan melipat puff berbentuk segitiga kemudian tekan perlahan-lahan dengan garfu di keliling puff.

4. (*)Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.

5. (*)Sapu bancuhan susu dan juga telur di atas kulit puff.

6. (*)Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.


RESEPI PUFF SARDIN YANG SEDAP SANGAT SANGAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+