-->
Rabu, 20 Januari 2016

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Lazat dan Mudah

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Lazat dan Mudah
Resepi Spaghetti Carbonara - Memandangkan mood masih dalam mood bercuti. Budak cuti sekolah, aku pun taknak kalah bercuti juga tapi bercuti dekat rumah sahajalah. Sepanjang bercuti ini, adalah sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. Tengahari semalam kena kerah belajar buat nasi ayam. Malam pula buat "Spaghetti Carbonara". Apa ke pelik punya nama, apa-apa pun Azwar nak kongsi juga macam mana nak buat makanan pelik tersebut.

Spaghetti Carbonara

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara
  • Minyak zaitun
  • Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
  • Lada hitam
  • 1 kotak susu dutch lady
  • 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
  • Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
  • Garam
  • 1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, Azwar ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

Resepi Spaghetti Carbonara yang lazat dan mudah untuk dibuat. Ini percubaan kali pertama membuatnya, tak sangka pula percubaan pertama buat terus sedap. Angkat bakul sendiri nampaknya. hehehe.. Sebelum terlupa, tambahkanlah parmesan cheese kalau nak rasa lagi sedap. Sedap memang sedap, tapi tak boleh makan selalu disebabkan banyak sangat kalori yang terkandung dalam Spaghetti Carbonara. Resepi dari adik saudara. =D

Selamat mencuba!

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+