-->
Minggu, 24 Januari 2016

Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio Yang Paling Sedap

Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio Yang Paling Sedap
Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio - Masa ke bahagian supermarket JJ One Utama tempohari, Aween ada membeli mussels dan saya sendiri membeli 1 pek scallops yang saya guna untuk memasak Seared Scallops and Pasta tempohari. Masih ada banyak lagi baki scallops. Bila ditanya apa yang nak dimasak dengan mussel, anak bujang saya secara spontan akan menjawab Spaghetti Aglio e Olio.

Jadi untuk tidak menghampakan, saya memasak spaghetti Aglio e Olio sebaik balik dari pejabat. Hari kedua bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Seperti yang saya tulis sebelum ini, biarlah tiap hari memasak pasta pun tak apa, asal famili suka dan pastinya habis dengan begitu cepat sekali. Lagipun kata my laling hubby, asal anak anak nak makan, berapa banyak pun, tak apa kerana kita memasak untuk mereka makan.

Aglio Olio adalah resepi klasik orang orang Itali yang bahan utamanya ialah bawang putih dan minyak olive. Ianya pasti nya versi pasta yang sangat menyihatkan. Resepi ini adalah sama dengan resepi Aglio e Olio yang telah saya masakkan sebelum ini, cuma ianya diletakkan seafood. Tak jumpa resepi dulu?

Sekarang kita layan resepi yang hari ini pula ...

Seafood Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan
  • 500 gram spaghetti
  • 1/4 cawan minyak olive
  • 5 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 4 biji cili kering - potong kecil
  • 1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
  • 50 ml water + 1 tsp chicken stock
  • Chopped fresh parsley
  • Garam
  • Coarse black pepper

Bahan Seafood
  • 8 scallops
  • 8 mussels
  • Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Cara Membuat Seafood Spaghetti Aglio e Olio

Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.

Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.

Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.

Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.

Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.

Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.

Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.


Baca juga : Tips Membuat Kulit Tortilla Yang Mudah Empuk dan Mudah di Gulung

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+